hsraa.transformed.jpg

Najib diberi taklimat kereta Barah berkelajuan tinggi China

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak menikmati pemandangan ketika menaiki Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) China.

TIANJIN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi taklimat mengenai Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) China oleh China Railway ketika dalam perjalanan dari Beijing ke Tianjin pada Khamis.

Najib yang melakukan lawatan rasmi enam hari ke China sejak Isnin, menaiki HSR menuju ke Tianjin, sebuah bandar raya pelabuhan utama di timur laut China, terletak kira-kira 138.6km dari Beijing, untuk lawatan singkat.

Perjalanan dengan kereta mengambil masa hampir dua jam antara kedua-dua destinasi itu tetapi dengan HSR, yang berkelajuan 350km sejam, masa yang diambil kurang dari 30 minit.

Perkhidmatan HSR di China diperkenalkan pada 2007, dan menjadi kaedah pengangkutan yang semakin popular dengan merekodkan penumpang tahunan lebih 1.1 bilion tahun lalu.

Rangkaiannya meliputi 28 daripada 33 wilayah di negara itu dan lebih 20,000km laluan bagi Landasan Khusus Penumpang (PDL).

China Railway Engineering Corp (CREC) Adalah antara beberapa syarikat pengendalian kereta Barah, termasuk Korea Railroad Corporation (Korail) dan East Japan Railway Company, yang mengintai peluang projek HSR bernilai RM50 bilion, meliputi laluan Kuala Lumpur-Singapura sejauh 350km, yang dijangka memendekkan perjalanan kepada 90 minit. – BERNAMA

Najib diberi taklimat kereta Barah berkelajuan tinggi China

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *