nujib-o_BHfield_image_listing_featured.var_1541648158.jpg

Najib dipanggil SPRM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini, bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Kenderaan dinaiki Najib kelihatan masuk ke ibu pejabat berkenaan melalui pintu belakang pada jam 9.40 pagi.

Terdahulu, bekas perdana menteri itu menemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi, bagi mendengar prosiding sebutan kes.

NAJIB beredar dari Mahkamah Kuala Lumpur untuk ke SPRM Putrajaya pada Sebutan semula 17 pertuduhan membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor atas kes pengubahan wang haram dan kegagalan Menciptakan penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 Kuala Lumpur. – NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Pada Oktober lepas, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, turut dipanggil SPRM bagi memberi keterangan selama lima jam berhubung kes sama.

Sebelum itu, pada 9 Julai, bekas pegawai khas kepada Najib ditahan SPRM sebelum direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes sama. – BERNAMA

Najib dipanggil SPRM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *