WhatsApp_Image_2017-04-04_at_22.28.24_cropped.transformed.jpg

Najib rasmi Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DATUK Seri Najib Razak memotong riben ketika merasmikan kompleks baharu Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India, sebentar tadi.

NEW DELHI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan kompleks baharu Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri yang diiringi Datin Seri Rosmah Mansor memotong riben dan menandatangan plak sebagai simbolik perasmian.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Hidayah Abdul Hamid.

Kompleks Pejabat Suruhanjaya Malaysia itu dibina di kawasan seluas 2.2 hektar dengan kos RM121 juta oleh syarikat Malaysia, Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd.

Projek pembinaan bermula pada 2013 dan siap Jun 2015.

Kompleks itu mengandungi empat bangunan iaitu canselori, dewan serba guna, kediaman pesuruhjaya tinggi dan apartmen 21 unit untuk staf.

Najib rasmi Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *