20ganja2_1537407010.jpg

Nasi ganja menu baharu Tawau

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TAWAU: Kewujudan warung Cafe Ibu di Batu 8, Jalan Ranggu di sini sejak awal tahun ini disajikan dengan menu unik iaitu nasi ganja bersambal lalap menjadi satu tarikan baru kepada penduduk sekitar Tawau.

Pemilik warung tersebut Rohana Talib, 58, berkata kelainan nasi ganja Tawau ini terletak pada sambal tomato, telur mata atau telur masin, ayam goreng serta nasinya yang dicampur lima perasa kuah.

“Resipi nasi ganja ini disaji mengikut selera orang Tawau serta sambal lalap ditambah untuk kelainan dan dijual dengan harga RM6 sahaja,” katanya ketika dikunjungi Bernama di warungnya.

Rohana berkata, minat suaminya Abd Hamid Mohd Noor, 68, terhadap menu nasi ganja di Perak mendorongnya untuk mengolah resipi sendiri nasi ganja dan menjualnya di Cafe Ibu.

“Suami saya sangat minat dengan menu ini dan jika berkunjung ke Perak, suami hanya akan cari dan Santap nasi ganja,” katanya yang mereka suami isteri Adalah bekas pekerja bank.

Dalam pada itu, Rohana berkata menu berkenaan mendapat sambutan baik dari penduduk setempat serta penduduk daerah luar.

Pemilik warung tersebut Rohana Talib, 58 (kiri) bersama suami, Abd Hamid Mohd Noor, 68 di hadapan warung Cafe Ibu di Tawau. – Foto BERNAMA

“Sambutan pelanggan baik, sehingga ada pelanggan mengukir perkataan sedap di pinggan selesai Santap,” katanya yang mula berniaga nasi ganja sejak Ramadan lalu dengan bantuan dua pekerja di warung tersebut.

Beliau berkata terdapat perancangan lain untuk mengembangkan perniagaan makanannya termasuk nasi ganja Tawau ini iaitu berniaga menggunakan trak makanan.

“Kaedah berniaga ini dilihat lebih santai dan boleh mencari pelanggan tetap Tak pada satu tempat sahaja,” katanya lagi. — BERNAMA

Nasi ganja menu baharu Tawau

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *