DlwHIdZVsAA-OzV.jpg

Nasir Bilal Khan 
tolak watak mengarut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Lebih 20 tahun bergelar aktor, Nasir Bilal Khan sebenarnya sudah muak ditawarkan watak sama dengan jalan cerita yang kebanyakannya bersandarkan kisah cinta semata-mata.

Beliau yang sinonim dengan watak Tok Adi menerusi drama Tanah Kubur memilih untuk menyibukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan jika tawaran lakonan Tak membuka pintu hatinya.
Ditemui pada malam gala filem Munafik 2 yang menyaksikan sosoknya sebagai pemegang karakter Berlawanan bernama Abuja, Nasir mengakui sudah lama mengidamkan karakter sebegitu yang jarang dipertontonkan kepada khalayak.

WARTAWAN!:Apakah yang membuatkan seorang pelakon handalan bernama Nasil Bilal Khan bersetuju menerima watak Abuja, watak jahat dalam filem seram Munafik 2?

NASIR: Sudah lama saya menantikan watak seperti Abuja, seorang ketua ajaran sesat yang bongkak dan mengaku Nabi serta Tuhan kerana dalam kehidupan realiti, karakter sebegitu sebenarnya wujud.

Jadi, Bila ia diketengahkan dalam filem seperti ini, sekurang-kurangnya saya tahu ia boleh membuka mata masyarakat tentangnya.

Inilah yang saya cari setiap kali berlakon dalam sebarang naskhah iaitu tanggungjawab menyedarkan peminat dengan isu-isu berat.

Boleh anda kongsikan cabaran terbesar membawakan watak Abuja?

Cabaran paling besar Adalah untuk menyerap tekanan membawakan karakter seorang ketua ajaran agama sesat yang memerlukan banyak ilmu dan pembacaan agar Tak tersalah langkah.

Penat sebenarnya membawa watak jahat kerana ia menuntut fokus dan tenaga yang lebih banyak bagi meyakinkan penonton dengan watak itu. Namun melihatkan hasilnya, saya berpuas hati dan berharap ia juga sampai kepada penonton yang Akan menyaksikan Munafik 2.

Transisi antara watak Abuja dan Tok Adi sangat jauh bezanya. Adakah anda sudah bersedia dengan persepsi peminat selepas ini?

Ya, saya lebih Senang jika penonton naik menyampah dengan Abuja kerana itulah tujuannya.

Mungkin saya akan dicemuh Bila keluar bersiar-siar tetapi bagi saya apa yang penting, Allah Tak membenci saya (tertawa). Saya perlu berterima kasih atas keberanian Syamsul Yusof kerana menghasilkan filem sebegini yang sangat jarang dibikin karyawan lain.

Beralih tentang perkembangan kerjaya seni, mengapa anda sudah jarang dilihat muncul dalam drama-drama di kaca televisyen?

Saya ada menerima beberapa tawaran drama namun menolak kerana Tak berkenan dengan jalan cerita yang klise dan sama sahaja.

Saya inginkan sebuah karya yang memberi impak dan pengajaran, bukan hiburan semata-mata.

Saya percaya sebagai seniman tugas kami Adalah untuk mencorak minat khalayak dan Menyodorkan karya yang membina, bukan sebaliknya.

Tidakkah anda bimbang sikap sebegitu (selektif) Akan menjejaskan kerjaya seni sendiri?

Biarlah. Saya yakin mana-mana pengarah yang pernah bekerjasama dengan saya tahu setakat mana kemampuan saya sepanjang dalam industri. Saya juga percaya dengan rezeki Tuhan. Saya lebih gembira menyibukkan diri dengan kerja amal dan kebajikan berbanding daripada menerima tawaran mengarut serta sia-sia.

Nasir Bilal Khan 
tolak watak mengarut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *