37425214_282829079145035_7679393008327852032_n.jpg

Naskhah teater dicemuh, Fauziah Nawi Tak kecil hati

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Meskipun pementasan teater, Kembang Layarku menjadi bahan cemuhan khalayak selepas ia tular baru-baru ini, pengasas Sanggar Teater, pelakon Fauziah Nawi Tak berkecil hati dengan perkara tersebut.

Hal ini kerana, pelakon berusia 65 tahun itu berkata, teater tersebut telah dipentaskan pada 27 Sampai 29 Julai lalu dan tiket untuk menyaksikan persembahan tersebut turut habis dijual.

“Teater Kembang Layarku sebenarnya dah lama dipentaskan. Alhamdulillah, walaupun Tak mendapat liputan meluas, tiket untuk tiga hari pementasan habis terjual.

“Tetapi, saya tak sangka pula yang ia akan tular lebih lewat. Akan Tetapi, tak mengapa kerana mungkin selepas tular, ramai akan nampak kewujudan Sanggar Teater,” katanya kepada sebuah portal berita.

Dalam pada itu, Fauziah Tak menolak jika ada yang menginginkannya mementaskan semula teater berkenaan.

“Jika ada permintaan, apa salahnya. Ada juga yang meminta saya untuk membawa Kembang Layarku keluar dari Lembah Klang. Akan Tetapi, ia bergantung kepada penajaan kerana kami hanyalah rumah teater kecil,” katanya lagi.

Sedutan teater berkenaan menjadi tular selepas ia ditayangkan menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Naskhah teater dicemuh, Fauziah Nawi Tak kecil hati

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *