image28529.jpg

Neelofa Kawan Kerabat; Fattah Amin Tutup Mulut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon Fattah Amin Tak mahu lagi dikaitkan dengan pasangan dramanya Suri Hati Mr Pilot, Neelofa.

Fattah yang dihubungi  bagi mendapatkan komen mengenai pengakuan Neelofa berkawan dengan seorang kerabat raja bagaimanapun Tak mahu mengulas lanjut.

“Terlebih dahulu saya mohon maaf, saya Tak mahu komen lanjut. Lagipun perkara ini melibatkan banyak pihak.

“Jadi jalan terbaik, saya tutup mulut dan mahu fokus pada kerjaya.

“Lagi pula sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru, Anak Tuan Jeneral,” katanya.

Tambah Fattah, untuk tahun 2017 ini, fokus utamanya Adalah kerjaya dan mahu menghentikan kisah percintaan buat sementara waktu.

“Saya ada banyak perkara yang ingin dicapai tahun ini.

Saya beruntung kerana diberi kepercayaan oleh produser drama Saya Anak Jeneral,  Datuk A Aida untuk menjadi Produser Eksekutif untuk drama terbabit.

“Ini yang saya belajar semasa di UiTM dan UUM sekarang. Jadi saya praktikkan pembelajaran saya dalam kerjaya,” katanya.

Selain itu kata Fattah, syarikat produksinya, Fattah Amin Production akan mula beroperasi tahun ini.

“Kerana itu saya katakan, tahun ini sangat sibuk.

Saya tak mahu hal-hal peribadi melebihi kerjaya saya,” ulasnya

Neelofa Kawan Kerabat; Fattah Amin Tutup Mulut

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *