nestle-main.jpg

Nestle ringankan beban wira tak didendang

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

SEJAK pengisytiharan wabak COVID-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sudah ramai pakar perubatan dikerahkan ke hospital seluruh Malaysia untuk menjaga dan merawat mereka yang terjejas akibat COVID-19.

Tanpa memikirkan keperluan diri, petugas barisan hadapan ini mendedikasikan masa yang panjang sehingga terlupa menjamah makanan dan terpaksa bekerja dalam keadaan kurang selesa untuk menjaga rakyat Malaysia ketika tempoh mencabar ini.

Image

Justeru, Nestle Malaysia (Nestle) melalui platform Nestle Cares tampil dengan projek #Semogadipermudahkan supaya wira tak didendang ini dapat terus berkhidmat dan secara Tak langsung menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus berdoa dan memberi sokongan buat mereka.

Mensasarkan ribuan petugas dari hospital seluruh Malaysia Akan menerima manfaat ini, pelbagai produk Nestle seperti MILO, MAGGI, NESCAFE, KITKAT, NESTLE OMEGA PLUS, NESTUM dan KOKO KRUNCH akan disumbangkan supaya mereka sentiasa bertenaga untuk menabur bakti buat Malaysia.

Image

Malah, ia turut akan diselitkan mesej galakan peribadi dan penghargaan daripada kakitangan Nestle sendiri.

Dalam masa sama, Nestle turut mahu menggalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk berkongsi penghargaan dan kata-kata semangat untuk petugas barisan hadapan berserta #Semogadipermudahkan serta #Nestlecares di akaun laman sosial masing-masing.

Nestle ringankan beban wira tak didendang

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail