1513988202_image.jpg

Netizen dengar penjelasan mama saya…

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

IBU kepada pelakon Iqram Dinzly menjelaskan bahawa beliau mengetahui mengenai perilaku dan tindak tanduk anaknya yang didakwa berperangai pelik oleh segelintir netizen.

Pendedahan ibu Iqram itu dimuat naik secara ‘live’ oleh Iqram menerusi video yang dikongsi di laman media sosialnya.

“Netizen dengar penjelasan mama saya…Mama Iqram menari dekat tingkat atas rumah mama tahu tak?

“Tahu jawab mamanya, mama nampak,” jelas ibunya.

Jelas ibunya, segala perlakuan Iqram itu Adalah disebabkan keturunan mereka yang berketurunan darah seni.

“Kami keluarga seni, boleh menari, menyanyi macam-macam seni ada,” katanya lagi.

Sebelum ini, Iqram didakwa semakin pelik dan perangai anehnya bermula diperkatakan sejak Oktober lalu.

Ada beberapa gambar di Instagram termasuklah selfie bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

Iqram juga dilihat semakin kurus selain fesyen berserbannya yang mencetuskan tanda tanya.

Bapa Iqram Dinzly meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang Bayu ahmar.

Kini Iqram tinggal bersama ibunya di Ipoh Perak.

Netizen dengar penjelasan mama saya…

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *