ChTZbmSUkAA3Vop.jpg.transformed.jpg

Nora Danish beraya di rumah mentua

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Nora Danish

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah membina rumah tangga baharu, Nora Danish meneruskan tradisi berhari raya di kediaman bekas mentua yang dianggap seperti ibu bapa sendiri.

Akui pelakon itu, anaknya, Putra Rayqal Rizal Ashram, 8, yang juga cucu sulung dalam keluarga Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, sama seperti sepupu lain yang berada di sisi datuk serta nenek mereka menjelang 1 Syawal.

“Semua cucu berkumpul di rumah datuk mereka sejak malam raya termasuk Rayqal. Sambutan Aidilfitri tahun ini macam tahun lalu juga.

“Cuma apa yang pasti, saya beraya bersama keluarga di sebelah suami terlebih dulu sebelum pergi ke rumah bekas mentua,” katanya yang menjadi isteri kepada usahawan, Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.

Enggan menghiraukan kata-kata negatif segelintir masyarakat, tambah Nora, lebaran tahun ini pasti lebih bermakna dengan kehadiran lelaki bergelar suami.

“Selepas lebih lapan tahun solo, sekarang saya dapat mencium tangan suami pada pagi 1 Syawal. Suasananya pasti sedikit berbeza. Apapun saya bersyukur dianugerahkan kebahagiaan ini,” katanya.

Mengakui bertuah mempunyai teman hidup yang pandai memasak, Nora memberitahu, persiapan hari raya Adalah sederhana kerana paling utama dapat berhimpun bersama keluarga.

Sebelum ini, Nora pernah pernah berkahwin dengan anak Ramli iaitu Rizal Ashram Ramli. Namun, jodoh mereka berakhir secara rasmi pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Mengenai giliran beraya bersama Rayqal dengan bekas suami, Nora berkata, mereka tiada masalah berhubung perkara itu kerana sudah biasa dengan rutin yang dipersetujui.

Nora Danish beraya di rumah mentua

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *