image281129.jpg

Nora Danish ungguli pengikut di Instagram

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AKTRES Nora Danish terus mendahului senarai selebriti tanah air dalam kelompok pengikut paling ramai di laman sosial Instagram.

Ramai yang Senang mengikuti perkembangan semasa Nora.

Menerusi survey yang dilakukan Sinar Online, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Puteri ini sudah mempunyai 4.4 juta pengikut.

Sejak awal membuka akaun Instagram, ibu kepada seorang anak ini terus menjadi kesayangan ramai di media sosial.

Pelakon dan pengacara Neelofa juga mengikut rapat dengan jumlah pengikut seramai 4.3 juta.

Dipercayai pengikut Neelofa bertambah sejak dia memulakan perniagaan hijabnya dan terus mencipta Kenyataan dengan drama lakonannya Suri Hati Mr Pilot.

Pelawak Zizan Razak juga Tak kurang pengikutnya dan terkini sudah mengumpul seramai 3.8 juta. Biarpun Zizan ‘menyepi’ seketika dan sesekali panas dengan isu kontroversi, namun dia punya peminat setia yang sering mengikuti perkembangannya di media sosial.

Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tak ketinggalan mempunyai jumlah pengikut seramai 3.6 juta pengikut.

Dengan perkembangan yang sering dikongsi saban hari, Siti Nurhaliza antara yang aktif di media sosial terutamanya Instagram.

Lain-lain selebriti yang berjaya mengumpul lebih dua juta pengikut di laman sosial Adalah Rozita Che Wan (2.9 juta), Lisa Surihani (2.8 juta), Fasha Sandha (2.4 juta), Shaheizy Sam (2.2 juta) dan Jep Sepahtu (2 juta).

Nora Danish ungguli pengikut di Instagram

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *