hnheels002.transformed_1.jpg

NSTP lancar portal Hijab & Heels

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JOHOR BAHRU: Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), melancarkan portal gaya hidup vertikal buat wanita, Hijab & Heels sempena Festival Anggun Life di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (PERSADA) di sini, hari ini.

Majlis pelancaran portal www.hijabnheels.com disempurnakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Farnida Ngah.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan MPB, Datuk Kamal Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengurus Besar Gaya Hidup Wanita Vertikal, Angeline Tan Leng Ean.

Leng Ean berkata, tujuan portal itu diwujudkan untuk menarik minat wanita yang mempunyai keinginan yang Tak terbatas kepada kehidupan seharian.

“Di sinilah tempatnya di mana wanita boleh mengikuti trend terkini dan Tips bagaimana mencapai keyakinan diri lebih tinggi dan motivasi yang betul untuk berubah.

PENGARAH Urusan MPB, Datuk Kamal Khalid (empat dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (tiga dari kanan); Ketua Pegawai Kewangan MPB, Farnida Ngah (lima dari kiri) dan Pengurus Besar Gaya Hidup Wanita Vertikal, Angeline Tan Leng Ean (empat dari kiri) ketika pelancaran portal Hijab & Heels di Johor Bahru. – Foto Hairul Anuar Rahim

“Kami akan memberi pandangan dan nasihat yang terbaik untuk mereka dalam menghadapi perubahan ini dengan jayanya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu, hari ini.

Hijab & Heels Adalah jenama platform digital pertama dilancarkan pasukan Gaya Hidup Wanita Vertikal NSTP yang terhasil daripada gabungan pasukan editorial dengan bahagian pembangunan produk dan pengurusan jenama.

Portal ini menyediakan suatu penyelesaian gaya hidup menarik, trend gaya hidup terkini serta tip fesyen dan kecantikan yang bernafas baharu.

Antara kandungan dalam seksyen yang disediakan portal itu seperti kecantikan dan fesyen, kesihatan dan kecergasan, kekeluargaan serta makanan dan libur di dalam portal gaya hidup berkenaan.

Menyasarkan wanita Islam berusia antara 18 Sampai 45 tahun, dari pelajar dan eksekutif kepada pekerja profesional serta suri rumah, Hijab & Heels melengkapi keperluan harian wanita moden yang celik media sosial.

NSTP lancar portal Hijab & Heels

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *