ozlyn12.jpg.transformed.jpg

Ozlyn kongsi rahsia wajah makin cerah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

OZLYN Wati. – Foto Saifullizan Tamadi.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ozlyn Wati, 36, mengakui agak penat untuk menjawab persoalan umum mengenai wajahnya yang dilihat jauh lebih putih berbanding dulu.

Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, menerusi laman sosialnya, baru-baru ini menjelaskan, wajahnya lebih gelap sebelum ini kerana aktif dalam bidang sukan, terutama pada zaman sekolah.

“Jujurnya, saya hanya mengambil makanan tambahan selain menggunakan produk pencuci muka jenama biasa.

“Dulu, (wajah) saya gelap kerana saya seorang yang aktif bersukan, lebih-lebih lagi sukan bola sepak. Kalau datang rumah, bersepah piala bola, semuanya saya punya.

“Saya juga seorang kapten hoki dan pelari pecut sekolah. Muka kalau Tak berpanau, Tak sah,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi Instagram @jozlynnhanania.

Isteri kepada pelawak terkenal, Johan, itu berkata, beliau Tak kisah mengenai penjagaan kulit kerana kecenderungan dalam sukan.

Ozlyn turut menyifatkan dia kini semakin putih kerana kurang aktif bersukan berbanding zaman sekolah.

“Bila kerap berehat (di rumah) dan Tak bekerja, kulit jadi lebih cerah. Tambah pula saya seorang yang Senang minum air kosong. Cuma baru-baru ini saya sibuk dengan penggambaran drama, membuatkan wajah sedikit kusam,” tuturnya.

Bercerita mengenai tubuhnya yang langsing pula, Ozlyn berkata, ia semua Adalah hasil aktif dalam sukan.

“Saya Senang Santap tetapi berhati-hati dalam jenis makanan yang diambil,” katanya.

Ozlyn kongsi rahsia wajah makin cerah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *