BH210517SO012.jpg.transformed.jpg

Pak Nasir tiba di Tanjung Malim

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NASIR Abas bergambar bersama keluarganya di Stadium Shah Alam, Selangor.

ALOR SETAR: Pelari solo, Nasir Abas, 62, atau dikenali sebagai Pak Nasir, selamat tiba di Tanjung Malim, Perak, tadi selepas melakukan larian sejauh 80 kilometer (km) dari Stadium Shah Alam, Selangor.

Anaknya, Mohamad Ridzuan Nasir, 29, berkata, bapanya hanya berhenti di Lebuhraya Guthrie dan Rawang untuk berehat serta menunaikan solat Zuhur dan Asar sebelum meneruskan larian.

Katanya, walaupun keadaan cuaca Tak menentu petang tadi, bapanya tetap meneruskan larian untuk mencapai sasaran tujuh hari sampai ke Kedah.

“Tadi hujan renyai, namun ayah tetap meneruskan larian. Saya, dua abang, kakak serta ibu, Faridah Lowamiah, 59, mengekori dengan menaiki kereta untuk memastikan keselamatan ayah.

“Ketika larian, ayah memakai baju mempunyai logo Helang Merah dan Hijau Kuning,” katanya ketika dihubungi tadi.

Mohamad Ridzuan berkata, Pak Nasir akan meneruskan lariannya pagi esok dan dijangka akan berhenti di Tapah petang esok.

Nasir yang juga pesara tentera berhasrat untuk melakukan larian solo ke-13 sejauh kira-kira 500 kilometer dari Shah Alam ke Alor Setar, pagi tadi ekoran kejayaan Kedah menjuarai Piala FA.

Pak Nasir tiba di Tanjung Malim

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *