17bhSP170817YY018.transformed.jpg

Panahan 10 muncul pada detik akhir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PASUKAN memanah wanita, (dari kiri), Saritha Cham Nong, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh berjaya memenangi pingat Emas bagi acara Compound di Padang MSN. – Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Biarpun dilihat agak gemuruh ketika beraksi di pentas final sehingga gagal melakukan panahan sempurna, namun Saritha Cham Nong atlet berjaya bangkit pada detik akhir untuk memastikan Malaysia merangkul pingat emas.

Sejak peringkat awal saingan final, dia hanya berjaya melakukan panahan mata 8 dan 9 saja sepanjang empat pusingan, sehingga membolehkan Vietnam mengejar dan mengikat kedudukan 225.

Namun panahan tepat Saritha pada penentuan shoot off berjaya Menyodorkan 10 mata kepada skuad negara sekali gus membolehkan Malaysia meraih pingat emas acara compound berpasukan.

PASUKAN memanah wanita, (dari kiri), Saritha Cham Nong, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh berjaya memenangi pingat Emas bagi acara Compound di Padang MSN. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Malaysia dinobatkan juara dengan kelebihan satu mata mengatasi lawan, 253-252 sekali gus mempertahankan pingat emas yang diraih di temasya Singapura 2015.

Saritha secara jujur mengakui dia sudah mencuba untuk melakukan panahan sempurna bagi menjarakkan kedudukan mata dengan Vietnam, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya.

“Saya sebenarnya cuba untuk mendapatkan 10 mata sejak dari awal di peringkat final, namun belum ada rezeki buat saya.

“Akhirnya, ia muncul di saat akhir ketika penentuan shoot off.

“Saya sangat bersyukur dapat membantu pasukan menjadi juara. Jurulatih serta rakan sepasukan banyak membantu untuk kejayaan pada hari ini,” kata Saritha ketika ditemui sejurus tamat perlawanan di Padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

PASUKAN memanah wanita, (dari kiri), Saritha Cham Nong, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh berjaya memenangi pingat Emas bagi acara Compound di Padang MSN. – Foto BERNAMA

Pasukan compound wanita negara meraih pingat emas acara berpasukan selepas menundukkan Vietnam menerusi penentuan shoot off selepas kedudukan terikat 225 pada set keempat.

Malaysia menang tipis dengan keputusan 253-252 Bila pemanah terakhir negara, Saritha melakukan panahan tepat untuk mencipta 10 mata.

Pasukan compound wanita sebelum ini mengesahkan slot ke final selepas menewaskan Thailand 227-219 di peringkat separuh akhir yang berlangsung di sebelah pagi.

Panahan 10 muncul pada detik akhir

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *