10panduan.transformed.jpg

Panduan Pilihan Raya Presiden AS

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

WARGA AS membuang undi di sebuah sekolah di Centreville, Virginia. – Foto AFP

WASHINGTON: Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) diadakan setiap empat tahun sekali pada hari Selasa selepas Isnin pertama bulan November, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan AS.

Berikut Adalah perkara penting dalam sistem pilihan raya AS:

*Undian, menerusi hak undi sejagat, dijalankan dalam pusingan tunggal di semua 50 negeri dan District of Columbia (DC) (bandar di Washington, yang bukan sebahagian mana-mana negeri).

*Pengundi memilih daripada kalangan calon sebagai presiden dan naib presiden. Undian popular di setiap negeri memastikan pemilihan satu set anggota badan perwakilan pemilih yang berikrar memberi sokongan kepada calon yang dipilih.

*Ada 538 anggota badan perwakilan pemilih, dengan jumlah bagi setiap negeri berdasarkan saiz penduduk. Setiap negeri memiliki seorang pemilih atau pengundi bagi setiap anggota Dewan Perwakilan dan seorang pemilih bagi dua senator setiap negeri.

*California – negeri paling ramai penduduk – justeru memiliki 55 undi, Texas (38) manakala New York dan Florida (29 setiap satu). Pada penghujung spektrum, negeri yang kurang penduduk seperti Alaska, Delaware, Vermont dan Wyoming hanya memiliki tiga undi setiap satu, begitu juga District of Columbia (DC).

Anggota badan perwakilan pemilih secara rasmi memilih presiden dan naib presiden pada 19 Disember.

*Calon presiden perlu mengumpul 270 undian dalam pilihan raya, majoriti mutlak daripada 538 undian. Semua kecuali dua negeri, calon yang memperoleh majoriti undi popular, memenangi sokongan kesemua undian negeri.

Nebraska dan Maine menggunakan sistem pecahan yang mana dua pemilih dipilih menerusi undian popular secara meluas dan bakinya dipilih menurut undian popular di setiap daerah kongres. Sistem pemenang menguasai semua di negeri itu menjadikannya amat sukar buat calon pihak ketiga, walaupun mereka masih memberi impak penting ke atas sesetengah negeri dan justeru terhadap keputusan nasional.

*Sesetengah negeri dari segi sejarah menyokong calon Demokrat selepas pengundian, sementara yang lain memilih Republikan. Calon justeru perlu menumpukan usaha ke atas kira-kira 12 negeri yang mudah beralih arah antara parti, sering dikenal pasti menerusi keputusan akhir pilihan raya. Paling penting Adalah negeri “medan pertempuran” atau “atas pagar” dengan jumlah terbesar pengundi seperti Florida (29), Pennsylvania (20) dan Ohio (18).

*Rakyat AS juga mengundi untuk setiap 435 anggota Dewan Perwakilan (berkhidmat selama dua penggal) dan 34 daripada 100 senator (berkhidmat selama enam tahun). Mereka memilih gabenor di 12 negeri dan membuang undi dalam pelbagai pungutan suara dan pilihan raya tempatan. – AFP

Panduan Pilihan Raya Presiden AS

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *