ins-paris_hilton-20180514-003-afp.jpg

Paris Hilton Dedah Rahsia Awet Muda, Kulit Cantik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Meskipun sudah mencecah usia 37 tahun namun personaliti popular, Paris Hilton tetap sentiasa tampil menawan dan nampak muda remaja.

Namun ramai mendakwa pewaris harta dan hotel Hilton ini melakukan pembedahan plastik dan botoks demi mengekalkan penampilannya

“Saya tak pernah melakukan botoks, ‘filler’ atau pembedahn plastik apa-apa dalam hidup saya,” kata Paris seperti yang dilaporkan majalah People ketika menghadiri Beautycon New York pada April lalu.

Dalam persidangan mengenai kecantikan itu Paris membocorkan rahsianya bagaimana memiliki kulit yang sentiasa mulus dan cantik seperti remaja.

Katanya, semua itu berkat dedikasi dan memetingkan penjagaan kulit.

“Saya sangat setia dengan Creme De La Mer (yang dijual sekitar 175 dollar). Saya telah menggunakannya selama dua tahun, untuk memastikan produk ini berhasil,” katanya.

Kecintaannya pada penjagaan kulit mencetus idea kepada Paris mahu mengeluarkan produk penjagaan dan rawatan kulitnya sendiri.

Diberi nama Paris Hilton Skincare, keistimewaan produknya ia dihasilkan teknologi terkini dan pencegahan penuaan terutama kemunculan garis halus di kulit.

Ini bukan kali pertama Paris mengeluarkan sesuatu yang berkaian kecantikan. Sebelumnya ia telah melancarkan lebih 15 koleksi minyak wangi. Malah antara minyak wangi keluarannya jenamanya pernah diangkat sebagai Minyak Wangi Selebriti Terbaik tahun 2009.

Paris Hilton Dedah Rahsia Awet Muda, Kulit Cantik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *