di-balik-adegan-ciuman-park-bo-young-pa-698dc4.jpg

Park Bo Young Terpaksa Berdiet Gara-gara Park Hyung Sik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Bergelar Seniman memang selalu dituntut tampil sempurna, apatahlagi kalau popular. Malah di kalangan selebriti sendiri pun akan berasa Tak selamat kalau mereka Tak pakai make-up atau bertubuh gemuk.

Hal itu yang pernah dirasakan oleh aktres cantik lagi berbakat, Park Bo Young. Selama ini dia dikenali sebagai seorang pelakon yang comel dan mungil.

Tak terkecuali, dia juga menjalani diet termasuklah ketika sedang menjalani penggambaran drama populer Strong Woman Do Bong Soon.

Alasan dia berdiet selama menjalani penggambaran drama bergenre komedi fantasi romantis itu, dianggap cukup lucu.

Baru-baru ini ketika menjadi tetamu istimewa program radio SBS, Power FM Cultwo Show, Park Bo Young mendedahkan mengapa dia berdiet.

wanita berusia 28 tahun ini berbagi kisah saat ditanya apakah dia pernah melakukan diet.

“Saya harus melakukan diet, terutama ketika sedang menjalani penggambaran. Ketika penggambaran Strong Woman Do Bong Soon, saya sedar saya harus berdiet gara-gara Park Hyung Sik yang sangat kurus.

“saya sebagai pelakon utama wanita kelihatan lebih ‘chubby’ daripadanya,” kongsi Park Bo Young, seperti yang dilaporkan Allkpop.com

Bagaimanapun sepanjang drama utu ditayangan, rata-rata penonton memberik komen positi dan pujian terladap lakonanya dan Park Hyung Sik yang dianggap sangat serasi dan luar biasa. Selain perbezaan ketinggian mereka juga dianggap sangat sesuai dan lucu.

..

Walaupun siaran drama itu telah tamat namun Park Bo Young dan Park Hyung Sik sampai sekarang masih berhubung dan berkawan baik.

Baru-baru ini Park Bo Young mengirimkan trak makanan kepada Park Hyung Sik yang kini sedang menjalani penggambaran drama Suits.

Park Bo Young Terpaksa Berdiet Gara-gara Park Hyung Sik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *