iselemaa.transformed.jpg

Pastikan sempadan Malaysia-Thai tak ditembusi pengganas IS

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

BANGKOK: Semua pihak yang terbabit dalam pengurusan sempadan Malaysia-Thai perlu sentiasa berwaspada dan siap siaga bagi memastikan sempadan bersama kedua-dua negara itu Tak ditembusi anasir pengganas IS.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata jawatankuasa tertinggi pengurusan sempadan kedua-dua negara telah menekankan kebimbangannya terhadap ancaman terbabit.

“Kami (Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thai) tekankan kebimbangan kami pada ancaman IS (Islamic State atau Daesh), kemasukan anasir-anasir yang boleh memudaratkan keselamatan Malaysia dan Thailand di sempadan bersama.”

“Semua yang terbabit dalam pengurusan sempadan bersama Malaysia-Thai perlu tingkatkan kewaspadaan dan kesiapsiagaan untuk elak anasir-anasir (IS) daripada tembusi sempadan kita,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thai ke-33 bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Jen Sommai Kaotira, di sini.

– BERNAMA

Pastikan sempadan Malaysia-Thai tak ditembusi pengganas IS

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail