b517c2cdc611af438cd23bae8039c084.jpg

Pasukan patologi bedah siasat Jenazah Nora Anne

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di Seremban pagi ini bagi menjalankan proses bedah siasat Jenazah remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15.

Pasukan itu tiba pada kira-kira pukul 9 pagi tadi menaiki Toyota Hilux dengan proses bedah siasat yang bermula pada lebih kurang pukul 10 pagi itu diketuai seorang pegawai kanan Patologi HKL.

Perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ pagi ini mula dipenuhi dengan petugas media sejak pukul 7 pagi tadi.

Tinjauan Bernama mendapati, dua individu dipercayai waris terdekat remaja malang Nora Anne yang ditemui wafat,meninggal semalam selepas dilaporkan hilang lebih 10 hari, memasuki Jabatan Perubatan Forensik pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Selain itu, turut dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman.

Petugas media dimaklumkan bahawa satu sidang media akan dijalankan oleh pihak polis selepas bedah siasat itu.

Semalam, Jenazah wanita berkulit cerah yang ditemui pada tengah hari disahkan oleh anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, pada 4 Ogos lepas.

Terdahulu, Jenazah Nora Anne tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada pukul 7.07 malam, semalam, selepas dibawa dengan helikopter dari lokasi penemuan dan kemudiannya mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban pada kira-kira 6.45 petang.

Nora Anne, 15, disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai oleh keluarganya pada 8 pagi 4 Ogos. Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarga di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

– Bernama

Pasukan patologi bedah siasat Jenazah Nora Anne

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *