UM081217KW003.jpg.transformed.jpg

PAU 2017 sambung bahas ucapan dasar presiden

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

WAKIL Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar. – Foto Rosela Ismail

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, yang masuk hari kedua hari ini, diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Perbahasan itu akan dimulakan oleh wakil Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar diikuti seramai 10 lagi jurucakap yang akan membahaskan usul sama.

Semalam, lima jurucakap mewakili negeri dan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah membahaskan usul itu.

Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semalam antara lain menyentuh rekod kejayaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan UMNO dalam mentadbir negara serta mampu menjamin masa depan Malaysia yang lebih cemerlang jika rakyat memilihnya pada pilihan raya umum akan datang.

Selepas berakhirnya sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden, perhimpunan itu akan membahaskan pula usul ekonomi, usul agama dan usul pendidikan.

Perhimpunan agung kali ini menghimpunkan sebanyak 2,718 anggota perwakilan dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Perhimpunan itu berlangsung selama lima hari sejak Selasa. – BERNAMA

PERWAKILAN UMNO mendengar sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, hari ini. – Foto BERNAMA

PAU 2017 sambung bahas ucapan dasar presiden

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *