liuxiiaa.transformed.jpg

PBB gesa pembebasan isteri mendiang Xiaobo

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

LIU Xia (tengah) memegang potret suaminya, Liu Xiaobo pada upacara pengebumian di Shenyang, China. – Foto Reuters

NEW YORK (PBB): Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berjumpa dengan pihak berkuasa China bagi membincangkan isu pembebasan isteri mendiang penerima Anugerah Nobel, Liu Xiaobo, yang meninggal dunia akibat kanser, minggu lalu.

Ketuanya, Zeid Ra’ad Al Hussein, berkata Liu Xia yang berada dalam tahanan di rumah sejak 2010 kini berdepan masalah kemurungan.

“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa China.

“Tumpuan kami kini beralih kepada isterinya dan berusaha untuk memastikan beliau bebas untuk bergerak, termasuk dibenarkan meninggalkan China jika berhasrat untuk berbuat demikian,” kata Zeid kepada pemberita di New York.

Xiaobo, 61, dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun pada 2009 atas tuduhan subversif dan menghasut menentang kerajaan selepas beliau membantu menulis petisyen dikenali sebagai ‘Piagam 08’ yang menggesa pelaksanaan pembaharuan politik.

Sehingga kini, China bertegas bahawa kes membabitkan Lui Xia Adalah hal ehwal dalaman negara itu. – Reuters

PBB gesa pembebasan isteri mendiang Xiaobo

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *