27tayob.transformed.jpg

PCG komited melabur dalam projek petrokimia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Ketua Komersial PCG, Akbar Md Thayoob. – Foto Halim Salleh

KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) komited untuk terus melabur dalam sektor petrokimia, termasuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) bagi membolehkannya berdepan persekitaran industri yang mencabar.

Pelaburan dalam pelbagai projek bernilai tinggi juga membolehkan PCG mengekalkan keuntungan dengan memperkukuhkan fokusnya terhadap usaha mengoptimumkan perbelanjaan operasi.

Unit perniagaan hiliran syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS itu juga berupaya menangani kejatuhan harga minyak Dunia dengan menyusun semula perbelanjaan modal syarikat mengikut tahap keutamaan.

Ketua Komersial PCG, Akbar Md Thayoob, berkata berdasarkan inisiatif rasionalisasi portfolio projek dan mengotimumkan kos yang dilaksanakan, Projek Sabah Ammonia dan Urea yang dikenali sebagai SAMUR di Sipitang, Sabah berada dalam landasan untuk disiapkan pada suku keempat tahun ini.

“Projek ini akan mengukuhkan asas petrokimia kami dan memacu kumpulan sebagai pengeluar urea granular kedua terbesar di Asia Tenggara,” katanya pada majlis penghargaan media PCG di sini.

Akbar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Marketing Labuan Sdn Bhd berkata, PCG turut berada dalam landasan kukuh dengan projek kimia khusus kumpulan di Gebeng, Pahang.

Ia Adalah kompleks Ramuan Aroma, 2Ethul Hexanoic Acid (2-EHA) projek Polyisobutene Reaktif Tinggi (HR-PIB) yang dilaksanakan bersama rakan usaha samanya, BASF di bawah BASF-PETRONAS Chemicals Sdn Bhd.

Ketiga-tiga projek berkenaan menunjukkan kemajuan seperti yang dirancang dengan kompleks Ramuan Aroma dan 2-EHA dijangka memulakan operasi tahun ini, manakala HR-PIB disasarkan bermula tahun depan.

“Kami juga sangat teruja untuk meneruskan pelaburan utama kumpulan menerusi projek petrokimia RAPID di Pengarang, Johor yang dijadualkan beroperasi pada 2019,” katanya.

Kepelbagaian portfolio produk dan pelanggan, kelebihan kos daya saing, kemudahan berintegrasi, kedudukan tunai mantap serta tenaga kerja berkemahiran tinggi, membantu menjamin daya tahan dan prestasi kukuh berterusan PCG untuk berdepan suasana pasaran mencabar pada hari ini dan akan datang.

“Seperti yang dapat disaksikan, kami benar-benar dalam landasan tepat ke arah mencapai strategi pertumbuhan,” katanya.

INFO

RM896 juta: Keuntungan sebelum cukai PCG pada suku pertama 2016

RM843 juta: Keuntungan sebelum cukai PCG pada suku pertama 2015

PCG komited melabur dalam projek petrokimia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *