logo_polis_baharu.jpg.transformed_6.jpg

PDRM umum dua pertukaran jawatan pegawai kanan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran jawatan dua pegawai kanannya berkuat kuasa 10 April depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata Timbalan Pengarah Forensik/Databank/Perancangan Strategi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ditukarkan ke Skuad Taktikal Khas 3 (Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap) Urusetia Ketua Polis Negara.

Katanya, Saiful Azly akan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Pertukaran kedua membabitkan Timbalan Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Superintendan Shaharuddin Abdullah sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kontinjen Kedah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

 

PDRM umum dua pertukaran jawatan pegawai kanan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *