85c54ef4c7e82c794562199b26917a8c.jpg

Peguam Arun Kasi bebas minggu depan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Peguam Arunachalam Kasi atau lebih dikenali sebagai Arun Kasi yang menjalani hukuman penjara selama 30 hari dijangka akan bebas pada Selasa minggu hadapan.

Peguam Arun, Joy Appukuttan memberitahu Malysiakini bahawa sekumpulan peguam dikatakan akan menyambut pembebasannya di pintu Penjara Kajang kira-kira jam 9 pagi.

“Kami menerima sepucuk surat daripada Jabatan Penjara Kajang yang memaklumkan kami bahawa Arun akan dibebaskan pada Selasa,” katanya.

Joy juga berkata beliau dan Naib Presiden Badan Peguam Roger Chan melawat Arun di penjara semalam dan beliau dalam keadaan yang baik.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 23 April lalu menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM40,000 terhadap peguam Arun selepas mendapatinya bersalah menghina mahkamah berhubung dua kenyataannya yang mengkritik prosiding serta keputusan satu kes mahkamah.

Pada 27 Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan sebelah pihak Peguam Negara bagi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina ke atas Arun Kasi kerana didakwa mengeluarkan kritikan berkaitan afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Dr Abdul Hamid Abu Backer (gambar) mengenai dakwaan Keliru laku hakim dalam dua artikel yang disiarkan portal dalam talian Aliran pada 16 Februari dan 22 Februari 2019.

Dalam kedua-dua artikel itu, Arun didakwa mengkritik perjalanan prosiding Mahkamah Persekutuan dan keputusan mahkamah pada 11 Nov 2018, dalam kes PCP Construction lwn Leap Modulation.

Terdahulu Arun menegaskan ulasanya itu Adalah kritikan yang wajar.

Sementara itu, Joy mengucapkan terima kasih kepada ramai peguam yang menghulurkan bantuan untuk membayar denda RM40,000.

“Ramai peguam berikrar (untuk membantu) dan membayar denda RM40,000 untuk Arun. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peguam yang telah menyokong dan membayar denda untuk Arun Kasi.

“Saya yakin Arun mempunyai banyak perkara untuk dikatakan (selepas pembebasannya) dan mengucapkan terima kasih kepada peguam yang telah membantunya,” kata Joy.

Namun, beliau Tak menyebut nama peguam yang membantu Arun.

Sementara itu, Joy berkata Arun masih menunggu rakaman audio yang dipohonnya daripada mahkamah pada bulan (dikenali sebagai rakaman CRT) mengenai prosiding awal kesnya.

“Kami masih menunggu tindakan selanjutnya daripada mahkamah atas permintaan itu,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Peguam Arun Kasi bebas minggu depan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *