plainj.transformed.jpg

Pelajar program pertukaran antara mangsa nahas pesawat ringan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEORANG daripada dua yang terbunuh dalam nahas pesawat ringan Perang Dunia Ke-2 dekat kawasan lapangan terbang Phoenix dikenal pasti sebagai pelajar program pertukaran berusia 18 tahun daripada Turki.

MESA: Seorang daripada dua yang terbunuh dalam nahas pesawat ringan Perang Dunia Ke-2 dekat kawasan lapangan terbang Phoenix dikenal pasti sebagai pelajar program pertukaran berusia 18 tahun daripada Turki, kata pihak berkuasa.

Polis Mesa semalam mengenal pasti mangsa sebagai Ataberk Besler daripada Cannakkale, Turki, dan juruterbang, Jesse R. Goodwin Gilbert, 43 dari Arizona.

Pihak berkuasa berkata, pesawat satu enjin North American Aviation AT-6 1942 itu terhempas Tak lama sebaik berlepas pada malam Selasa dan terbakar di atas jalan dekat lapangan terbang Falcon Field.

AT-6 pernah diterbangkan semasa Perang Dunia kedua sehingga 1970-an.

Tambah pihak berkuasa, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara akan menyiasat punca kemalangan itu.

Falcon Field berfungsi sebagai lapangan terbang tambahan kepada Phoenix Sky Harbor International dan lapangan terbang Phoenix-Mesa Gateway. – AP

Pelajar program pertukaran antara mangsa nahas pesawat ringan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *