rajamad.transformed.jpg

Pelajar SMK Kubang Kerian wakili Malaysia ke WRO

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENGARAH Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Jaafar Ismail menyampaikan sumbangan wang tunai RM2,000 kepada Raja Adam Ahmad pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telipot, Kota Bharu, hari ini. – Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Olimpik Robotik Antarabangsa (WRO) di Washington, Amerika Syarikat pada 14 Julai ini.

Pelajar Tingkatan Tiga, Raja Adam Ahmad Raja Iskandar, 15, Adalah seorang daripada tujuh peserta negara yang terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan itu.

Beliau yang meminati bidang robotik sejak kecil Tak menyangka berpeluang menyertai pertandingan itu memandangkan pada peringkat awal, seramai 2,500 peserta diuji dalam saringan sebelum disenarai pendek.

“Saya mula minat kepada bidang robotik sejak usia lima tahun dan sering melukis reka bentuk robot, termasuk mempelajari Tips pembuatannya menerusi internet.

“Berdasarkan pengalaman, saya masih jauh jika dibandingkan dengan peserta lain, namun demi mencipta rekod sekolah dan mengharumkan nama negara, saya mahu buktikan kelebihan yang ada pada diri ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telipot di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Jaafar Ismail turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM2,000 kepada Raja Adam Ahmad.

Raja Adam Ahmad berkata, dalam pertandingan yang akan diadakan itu, mereka Akan berhadapan dengan peserta daripada lebih 150 negara.

“Setiap pasukan akan dibekalkan satu kit robotik untuk mencipta robot pelbagai fungsi dan kreatif.

“Kami perlu mereka cipta satu robot mengikut syarat dan kemahuan penganjur dan ia akan dinilai mengikut aspek sistem pemarkahan.

“Untuk menciptanya bukan perkara mudah dan ia memerlukan idea dan perancangan teliti dan bagi memastikan robot yang dicipta Adalah yang terbaik, saya bersama enam peserta lain berbincang di Bangsar, Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Jaafar berkata, kejayaan Raja Adam Ahmad yang berjaya mewakili Malaysia menjadi kebanggaan pihak JPN dan pendidik di sekolah berkenaan.

“Ini membuktikan bahawa pelajar kita mampu berdaya saing seiring pelajar di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pelajar SMK Kubang Kerian wakili Malaysia ke WRO

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *