00118644.jpg

Pelakon Lord Of the Ring Rancang Raptai Pengebumian Sendiri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Aktor senior yang disegani, Sir Ian McKellen dilaporkan sedang merancang sesi latihan pemakaman diri beliau.

Bintang berusia 78 tahun ini mengakui, sejak kebelakangan ini dia sering berfikir tentang kematian dan gembira Bila mengatur pemakamannya sendiri.

Menerusi dokumentari terbaru, McKellen: Playing The Part, pelakon filem Lord of The Ring itu memberitahu dia mahu ‘meraikan’ upacara tersebut di sebuah teater.

“Kemasukan secara percuma dan saya mahu orang-orang yang baik (ada) di situ,” tambahnya.

“Bila saya selesai (perancangan) ini saya fikir, ‘Ooh, saya Senang pergi ke pengebumian itu,’ jadi saya harap saya dapat mengatur sesi latihan sebelum saya pergi.”

Bagaimanapun dia mengaku belum bersedia untuk menempuhi ‘hari-hari terakhir’.

“Ketika saya memandang orang lain semakin lemah dan Tak dapat bekerja, saya fikir, ‘Baiklah, itu mungkin berlaku kepada saya!’, tambahnya.

Pelakon Lord Of the Ring Rancang Raptai Pengebumian Sendiri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *