image28729.jpg

Pelakon Nur, Raja Atiq dipuji netizen

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SELAIN isu sup bunjut yang viral semalam, seorang lagi pelakon drama Nur, Raja Muhd Atiqullah turut menjadi perhatian netizen.

Membawakan watak sebagai Amirul atau Mirul iaitu adik Aishah dan Adam di dalam drama berkenaan, anak muda berusia 18 tahun ini telah mencuri hati peminat Bila mendengar suara alunan bacaan surah Ar-Rahman yang lunak ketika menjadi tetamu di konti Hot FM, baru-baru ini.

Pada ketika itu, Raja Atiq bersama barisan pelakon drama Nur yang lain seperti Fatimah Abu Bakar, Laila Nasir, Riena Diana telah diundang ke konti Geng Pagi Hot, bagi berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran drama tersebut buat peminat.

Rata-rata peminat memuji kelunakan suara Raja Atiq dan ada yang mengaku hampir menitiskan air mata ketika mendengar dia mengalunkan surah berkenaan.

Pelakon Nur, Raja Atiq dipuji netizen

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *