image282729.jpg

Pelakon Rab Khalid (Yeh Sekupang) meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON Rab Khalid yang dikenali dengan watak Yeh Sekupang dalam filem-filem arahan Mamat Khalid telah meninggal dunia jam 4.15 petang tadi.

Rab Khalib atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, difahamkan kerana sakit jantung.

Berita sedih ini dikongsikan oleh adiknya melalui FB abangnya itu.

“Assalamualaikum. Pada sesiapa yang mengenali Rab Khalid, beliau telah kembali ke rahmatullah jam 4.15 petang.

“Mohon doakan bersama semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan beliau ditempatkan dengan orang-orang soleh dan beriman,” tulis adik Rab Khalid.

Jenazah akan dikebumikan di Parit Buntar esok pagi.

Rab Khalid pernah membintangi filem Hantu Kaka Limah Balik Rumah,  Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Rumah Pusaka di Simpang dan lain-lain.

Pelakon Rab Khalid (Yeh Sekupang) meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *