kyawl.transformed.jpg

Pelampau Buddha halang majlis Maulidur Rasul di Yangon

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

YANGON: Pelampau Buddha menghentikan majlis sambutan anjuran penganut Islam di sini, ketika keganasan terhadap penduduk Islam Rohingya di barat Rakhine masih berterusan.

Penganjur berkata, berpuluh-puluh orang yang diketuai beberapa orang sami berjubah merah, berarak di Yangon bagi menghalang sambutan Maulidur Rasul.

Menurut saksi, sami terbabit merempuh masuk ke dalam majlis sebaik sahaja ia dimulakan, dan mendesak supaya sambutan itu dihentikan.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Ulama Islam, Kyaw Nyein, menyifatkan serangan terkini ke atas perhimpunan anjuran umat Islam itu sebagai melanggar kebebasan beragama.

“Kami menyambut perayaan ini sepanjang hidup kami. Kini ia seolah-olah seperti satu serangan ke atas kebebasan beragama. Semua sami cuba menghentikan majlis tanpa menjelaskan apakah kesalahan kami. Mengapa pihak berkuasa Tak mengambil tindakan?” kata Nyein.

Difahamkan, pasukan keselamatan Tak cuba untuk campur tangan bagi menghentikan perbuatan pelampau Buddha itu.

Dalam pada itu, organisasi antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia menyalahkan pasukan keselamatan Myanmar atas penyalahgunaan kuasa dan penindasan terhadap minoriti Islam di Rakhine, termasuk merogol, membunuh dan membakar lebih daripada 1,000 rumah. – AGENSI

Pelampau Buddha halang majlis Maulidur Rasul di Yangon

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *