kamalud.jpeg.transformed.jpg

Pemandu lori tiga tan maut kemalangan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BATU PAHAT: Seorang pemandu lori maut tersepit di tempat duduk selepas lori dipandunya merempuh belakang lori lain dalam kemalangan di Kilometer 38.5 Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata dalam nahas kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Kamaludin Sharif, 43, maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan badan.

KAMALUDIN Sharif, 43, pemandu lori yang maut dalam kemalangan selepas lori dipandunya merempuh lori lain dalam kemalangan di Kilometer 38.5 Jalan Ayer Hitam-Kluang, Batu Pahat, tengah hari tadi. – Foto ihsan bomba

Katanya, mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan membabitkan dua lori dari arah Kluang menghala ke Ayer Hitam. Bagaimanapun, setiba di tempat kejadian, pemandu lori berusia 57 tahun berhenti untuk membelok ke kanan.

“Malangnya, mangsa Tak sempat mengelak dan melanggar belakang lori berkenaan.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tersepit di tempat duduk dan meninggal dunia akibat parah manakala pemandu lori dikenali sebagai Mohamad Misbah Sanusi hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan. – Foto ihsan bomba

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan. – Foto ihsan bomba

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam Isyadi Dani, berkata tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 12.29 tengah hari.

“Kami menerima maklumat kemalangan membabitkan dua lori iaitu lori tiga tan dan lori satu tan. Sebaik tiba, kami dapati mangsa tersepit di tempat duduk dan terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya disah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Ayer Hitam yang datang untuk Menyodorkan rawatan awal,” katanya.

Pemandu lori tiga tan maut kemalangan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *