limos.transformed.jpg

Pemandu maut limosin rempuh treler

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

bhnews@bharian.com.my

ANGGOTA bomba mengeluarkan pemandu limosin yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 32.4 Lebuh Raya Elite arah Selatan jam 11.40 malam tadi. – Foto ihsan Bomba

SEPANG: Seorang pemandu limosin maut manakala penumpangnya parah selepas kenderaan mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 32.4 Lebuh Raya Elite arah Selatan jam 11.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata mangsa, Ahmad Fazli Mohd Junid, 38, meninggal dunia di tempat kejadian dan penumpang yang juga seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Seremban, Nelson Katinggang, 22, parah leher dan rahang.

Katanya, pemandu treler, K Kumaraveloo, 40, berasal dari Sungai Petani, Kedah, Tak cedera.

“Siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan baja itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke arah Nilai. Setibanya ke tempat kejadian, limosin yang dipercayai dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Seremban itu merempuh belakang treler berkenaan.

“Jenazah mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat, manakala mangsa yang cedera pula masih dalam rawatan dan kini berada dalam Zon Merah, Hospital Seremban,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis turut memanggil pemandu treler berkenaan untuk Menciptakan rakaman percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu maut limosin rempuh treler

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *