idrisnaning.transformed.jpg

Pemberian gelaran di luar institusi adat Keliru – KM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ALOR GAJAH: Penganjuran majlis Adat Istiadat Naning hanya terangkum dalam institusi adat itu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, Lembaga Adat Naning Adalah institusi adat yang termaktub dalam Perlembagaan Tubuh Negeri, bukan kerajaan yang boleh memberi anugerah membawa gelaran Datuk Seri atau Datuk.

Beliau berkata, penganjuran majlis gelaran di luar daripada konteks istiadat dianggap sebagai kesalahan dan tindakan boleh diambil.

“Kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang berkaitan pengiktirafan dan penganugerahan darjah kebesaran serta penggunaan logo.

“Ia dijangka dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal Jun ini,” katanya sebagai mengulas penahanan 27 individu termasuk seorang doktor dan tiga wanita oleh polis dalam majlis Santap malam sempena penganugerahan darjah kebesaran di Alor Gajah, malam kelmarin.

Semua individu berusia antara 20 Sampai 62 tahun itu ditahan susulan laporan orang ramai berhubung penganjuran majlis anugerah pada pagi hari sama.

Turut dirampas sejumlah jenis pingat kebesaran Naning, beberapa selempang adat, songkok berlilit kain kuning, tengkolok, watikah dan lencana songkok.

Terdahulu, Idris menyertai Program Lawatan Kerja di DUN Taboh Naning di sini, hari ini.

IDRIS (kiri) menyampaikan sumbangan bantuan JKM kepada golongan kurang berkemampuan sambil diperhatikan oleh ADUN Taboh Naning, Datuk Latifah Omar (tiga dari kanan) dan Pakar Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin (dua dari kiri) pada majlis perjumpaan pemimpin bersama masyarakat sempena lawatan beliau ke DUN Taboh Naning. – Foto Khairunisah Lokman

Pemberian gelaran di luar institusi adat Keliru – KM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *