10siswa.transformed.jpg

Pemegang biasiswa JPA perlu penuhi kontrak – PM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pada sidang Parlimen Belia 2016 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. – Foto Aizuddin Saad

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengingatkan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar mematuhi kontrak biasiswa dan berkhidmat dalam negara selepas tamat pengajian.

Beliau berkata, pemengang biasiswa memikul tanggungjawab dan memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Katanya, pemberian biasiswa Adalah satu bentuk pelaburan kerajaan untuk mengenal pasti mereka yang terbaik dan cemerlang untuk berkhidmat untuk negara, khususnya dalam perkhidmatan awam.

“Warga Malaysia yang diberi keistimewaan dan peluang pendidikan yang baik, dibiayai kerajaan dan rakyat, mempunyai tanggungjawab kolektif untuk menggunakan serta menyumbang kemahiran dan bakat mereka demi kebaikan rakyat Malaysia,” katanya dalam sesi Obrolan bersama 14 siswazah di bawah program biasiswa JPA, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohammad Zabidi Zainal, dan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia (TalentCorp), Shareen Shariza Abdul Ghani.

Obrolan anjuran TalentCorp itu dihadiri pemegang biasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka dari universiti terkemuka di Malaysia dan luar negara seperti Australia, Perancis, Korea Selatan, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Siswazah tajaan JPA itu kini bekerja dengan majikan terkemuka seperti Gamuda Bhd, IBM Malaysia, iflix, Lazada Malaysia, Petronas, PwC Malaysia, Schlumberger Business Support dan badan kerajaan seperti Bank Negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Khazanah Nasional Bhd.

Najib juga mengumumkan bahawa JPA telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan TalentCorp untuk memperbaharui kerjasama bagi tempoh lima tahun akan datang untuk meningkatkan inisiatif Penarikan dan Pengekalan Bakat Biasiswa (STAR).

TalentCorp, dalam kenyataan, menyatakan inisiatif itu membolehkan siswazah tajaan JPA yang Tak terpilih bekerja di sektor awam untuk menjalani ikatan kontrak biasiswa mereka di sektor swasta.

Menurutnya, inisiatif STAR juga memberi peluang kepada pemegang biasiswa JPA untuk membina kerjaya dalam sektor-sektor utama ekonomi dan pada masa yang sama mengambil bahagian dalam transformasi ekonomi Malaysia.

“Dengan Tips ini, negara akan mengoptimumkan tenaga kerja biasiswa dengan memastikan mereka yang Tak diperlukan bagi sektor awam dikekalkan dan dipupuk untuk menyumbang kepada bidang-bidang keutamaan ekonomi Malaysia,” katanya.

Di bawah MoU baharu itu, JPA dan TalentCorp bersetuju untuk meningkatkan usaha dalam menguatkuasakan syarat-syarat kontrak biasiswa JPA bagi memastikan mereka yang diberi biasiswa JPA sebelum tahun ini menjalani ikatan kontrak perkhidmatan mereka di Malaysia selepas tamat pengajian.

Sementara itu, Shareen Shariza berkata permintaan bagi lulusan tajaan JPA yang terbaik jauh melebihi penawaran, khususnya bagi pemegang biasiswa daripada universiti luar negara.

“Pada masa ini, terdapat lebih daripada 3,000 pemegang biasiswa berdaftar di bawah inisiatif STAR dan sedang menjalani ikatan kontrak biasiswa mereka bersama 1,700 syarikat sektor swasta dalam memacu transformasi ekonomi negara,” katanya.

Katanya, enam sektor teratas yang mengambil pemegang biasiswa tersebut Adalah perkhidmatan profesional, minyak, gas dan tenaga, perkhidmatan kewangan, elektrik dan elektronik, maklumat, teknologi maklumat dan komunikasi(ICT)/ perkhidmatan perniagaan Dunia (GBS) dan pembinaan.

Selain inisiatif STAR, JPA bekerjasama dengan Razak School of Government dalam program Talent Acceleration in Public Service (TAPS) untuk memupuk dan menarik tenaga kerja yang terbaik dan cemerlang dalam kalangan pemegang biasiswa JPA ke dalam pekhidmatan awam. – BERNAMA

Pemegang biasiswa JPA perlu penuhi kontrak – PM

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *