8ac2647aff15c758fadf2d70a4c56495.png

Pemilihan PKR: Anwar arah parti bertindak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Lembaga Disiplin bertindak terhadap pihak yang melanggar ketertiban proses pemilihan parti.

Katanya, tindakan itu harus dibuat terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan.

“Arahan pimpinan Adalah jelas menuntut sistem pemilihan yang telus, bersih dan adil.

“Semua undi hendaklah dikenal pasti dan dikira,” katanya yang menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR.

Semalam, Kekecohan berlaku lagi dalam pemilihan PKR, membabitkan tiga daripada enam cabang PKR Selangor yang mengadakan pengundian.

Bagaimanapun, dalam kenyataan pagi ini, Anwar berkata sebahagian besar proses pengendalian pemilihan parti diselenggara dengan memuaskan.

“Namun masih terdapat beberapa kecelaruan bersabit perlaksanaan sistem biometrik termasuk undi yang Tak dikesan.

“Perkara tersebut dapat ditangani dengan merujuk terus kepada tablet pengundi,” katanya.

 

 

Pemilihan PKR: Anwar arah parti bertindak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *