ptakli.transformed.jpg

Pemimpin Taliban dipercayai terbunuh – Pentagon

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MULLAH Mansour. – Foto Reuters

WASHINGTON: Pemimpin Taliban, Mullah Mansour, dipercayai terbunuh dalam serangan dron yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat pada Sabtu, kata Pentagon.

Setiausaha Akhbar Pentagon, Peter Cook, berkata serangan dilancarkan di wilayah terpencil sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan.

Seorang pegawai Amerika berkata, Mansour dan seorang lagi anggota pergerakan itu yang mengiringinya dalam kenderaan dipercayai terbunuh.

Beliau berkata, serangan itu mendapat kelulusan Presiden Barack Obama.

Cook berkata, Mansour terbabit secara aktif merancang serangan seluruh Afghanistan dan menggelar beliau sebagai penghalang kepada keamanan dan penyatuan antara Taliban dan kerajaan Afghanistan yang melarang tokoh atasan Taliban menyertai rundingan damai.

Anggota Kongres memuji kejayaan serangan itu. Seorang Pakar perundangan berkata, kematian Mansour, jika disahkan, menjadi tamparan hebat kepada Taliban, walaupun belum cukup membolehkan Amerika menarik diri daripada konflik yang sudah membabitkan ribuan tentera negara itu selama hampir 15 tahun. – AP

Pemimpin Taliban dipercayai terbunuh – Pentagon

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *