redzaroslidananakcheta.png

Peminat Ajak Berkenalan Di Instagram, Redza Rosli Anggap Gurauan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon Redza Rosli mendedahkan pernah menerima mesej daripada peminat wanita di Instagram yang ingin berkenalan dengannya.

Redza atau Ahmad Redza Rosli, 24, bagaimanapun berkata, dia Tak pernah membalas mesej berbaur peribadi daripada peminat kerana menganggap ia hanya usikan nakal.

“Setiap hari memang banyak peminat yang hantar mesej secara peribadi di laman sosial malah ada yang ingin berkenalan tetapi saya Tak pernah menganggap ia perkara serius sebaliknya ia hanya gurauan sahaja.

“Tetapi jika ada yang bertanya khabar atau ingin mengetahui perkembangan terbaharu seperti drama lakonan dan karier saya akan cuba balas pertanyaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Redza berkata, dia masih belum bersedia untuk mempunyai teman wanita kerana ingin memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon.

Malah kata Redza, pada usianya sekarang dia Tak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup kerana merasakan masih banyak perkara yang belum dicapai dalam kariernya.

“Saya tiada teman wanita kerana kerja Adalah pasangan saya sekarang.

“Biarlah dahulu kerana fokus saya kini Adalah kepada lakonan dan masih banyak benda yang ingin saya capai terlebih dahulu.

“Insya-Allah jika ada jodoh pasti Tak ke mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Redza berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jatuh Cinta Buta bersama Zara Zya terbitan Zeel Production untuk siaran Astro Ria.

Selain itu drama bersiri lakonannya bersama Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan iaitu Seindah Takdir Cinta pula tercalon dalam Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) menerusi kategori Drama Rantaian Terbaik.

Peminat Ajak Berkenalan Di Instagram, Redza Rosli Anggap Gurauan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *