1528869331_image.jpg

Peminat teruja Mira Filzah bersanding

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SELAIN drama hit Nur di TV3 ketika ini, drama bersiri 24 episod Rahsia Hati Perempuan juga antara drama yang trending di saluran Astro Ria, lakonan Mira Filzah bergandingan dengan Fikry Ibrahim.

Ia memaparkan kisah cinta dan persahabatan, kekasih dan pengorbanan.

Antara teraju utama Fikry Ibrahim sebagai Mikael, Hisyam Hamid sebagai Zayn dan Mira Filzah sebagai Ilaina.

Pada episod ke 17 malam Isnin, Mika akhirnya berjaya menikahi Ilaina dan rata-rata pelbagai reaksi menarik yang diberikan oleh peminat drama tersebut menerusi Instagram Mira Filzah.

Sementara ada yang merestui perkahwinan mereka, ada pula yang mendoakan kehancuran rumah tangga mereka kerana merasakan Zayn lebih layak menjadi suami Ilaina.

Selain, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, antara barisan bintang lain yang menjayakan drama terbitan Michael Ang ini ialah Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris.

Peminat teruja Mira Filzah bersanding

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *