19859388_10155472052891382_498387903_o.png.transformed.jpg

Pemuda Mesir sesat di bukit selamat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Anggota pasukan mencari dan menyelamat bersama mangsa yang ditemui di kawasan hutan Kampung Buluh Telur, enam kilometer dari kawasan dia dilaporkan sesat di Bukit Kutu.

HULU SELANGOR: Seorang pemuda warga Mesir yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Kutu, Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini, semalam, ditemui selamat, petang tadi.

Mangsa, Osama Ashraf Wagdy Hassam Mahmaud Elsayigh, 20, yang juga seorang penuntut di Universiti New York dikatakan mendaki bukit berkenaan berseorangan sejak tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata mangsa yang tiba di negara ini pada 28 Jun lalu tertarik untuk mendaki bukit berkenaan selepas membaca mengenainya di internet.

Menurutnya, penuntut jurusan pendidikan itu pada mulanya bertolak dari ibu negara dengan menaiki perkhidmatan kereta Barah dan sampai di Kuala Kubu Bharu pada jam 12.20 tengah hari sebelum menumpang sebuah kereta orang awam dikenali sebagai Mohammad Zaidi Zulkifli, 45, ke Bukit Kutu.

“Kira-kira jam 8.07 malam, Mohammad Zaidi menerima satu mesej daripada mangsa memaklumkan yang dia sesat di dalam hutan.

“Susulan itu, lelaki berkenaan terus ke balai bomba (Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu) untuk memaklumkan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya pihaknya mengatur gerak usaha mencari pada jam 9.30 malam dengan tujuh anggota bomba dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pencarian sebelum operasi mencari dihentikan pada jam 3 pagi.

Sementara itu, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata pencarian disambung semula pada jam 10 pagi dengan lokasi pencarian ditumpukan di kawasan hutan di Kampung Buluh Telur setelah menerima maklumat mangsa berada di kawasan itu.

“Mangsa berjaya ditemui pada jam 1.09 petang dalam keadaan lapar dan keletihan.

“Usaha membawa mangsa keluar dari kawasan hutan ke pusat operasi di Kampung Buluh Telur berakhir pada jam 4.30 petang,” katanya.

Pemuda Mesir sesat di bukit selamat

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *