WhatsApp_Image_2018-03-13_at_12.55.01.jpeg.transformed.jpg

Penagih hampir libas pedang samurai

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SITIAWAN: Seorang penagih dadah dipercayai hampir melibas pedang samurai terhadap empat pegawai dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung yang menyerbu sebuah rumah di Simpang Dua di sini, pagi tadi.

Pegawai AADK Manjung, Sharudin Abdul Salam, berkata ketika serbuan jam 7 pagi, suspek berusia 35 tahun sedang tidur bersama beberapa senjata tajam, termasuk pedang samurai, pisau rambo dan pisau dapur.

Bila dikejutkan pegawai, beliau berkata, lelaki bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa itu cuba melawan dan bertindak agresif.

“Ketika anggota cuba menahannya, suspek mahu membuka sarung pedang samurai dipercayai untuk melibas mereka.

SENJATA tajam yang dirampas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung dalam serbuan di Simpang Dua, Sitiawan. – Foto ihsan AADK

“Namun, tindakan pantas anggota yang dapat membaca gerak-geri lelaki itu berjaya menyelamatkan keadaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, suspek Adalah penagih tegar dipercayai terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sejak hampir 10 tahun lalu.

Beliau berkata, turut dirampas senjata tajam yang didakwa suspek hanya Senang-Senang menyimpannya kerana meminati koleksi berkenaan.

Dalam pada itu, Sharudin berkata, pihaknya turut menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Kampung Deralik yang mendakwa baru berjinak-jinak dengan dadah, pada jam 8 pagi.

Katanya, hasil ujian saringan awal kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Penagih hampir libas pedang samurai

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *