aaa11.transformed.jpg

Penalti Switzerland satu kesilapan – O'Neill

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PARIS: Jurulatih Ireland Utara, Michael O’Neill berkata, beliau bingung dan terkejut dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kontroversi yang menyaksikan Switzerland meraih kemenangan berharga 1-0 pada aksi pertama playoff kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Keputusan kontroversi itu bermula daripada cubaan Corry Evans yang cuba menyekat rembatan voli Xherdan Shaqiri dan peluang itu disempurnakan Ricardo Rodriguez untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Michael McGovern pada minit ke-58.

“Pengadil Tak berada pada kedudukan tepat. Bola hanya terkena bahagian belakang. Saya fikir pengadil meniupkan wisel untuk kesalahan atau pun ofsaid.

PEMAIN Switzerland, Ricardo Rodriguez (no 13) menyempurnakan sepakan penalti untuk gol berharga pasukannya ketika menewaskan Ireland Utara, awal pagi tadi. – Foto Reuters

“Saya terkejut dengan keputusan itu dan bingung dengan layangan kad kuning. Tetapi sekarang Tak ada apa yang boleh kami lakukan, kecuali kemarahan dalam bilik persalinan.

Keputusan itu meletakkan Switzerland pada kedudukan baik untuk menghadapi aksi kedua di gelanggang sendiri di Basel, awal pagi Isnin ini sekali gus mencerahkan peluang mereka melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia, tahun depan. – AFP

Penalti Switzerland satu kesilapan – O'Neill

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail