penal19.transformed_0.jpg

Penalti VAR julang Sweden

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NIZHNY NOVGOROD: Ketenangan kapten Sweden, Andres Granqvist menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65 membantu negaranya merekod kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia di Stadium Nizhny Novgorod, sebentar tadi.

Sepakan penalti berkenaan diberikan selepas pengadil dari El Salvador, Joel Aguilar memandang kembali ulang tayang hasil teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) Bila pemain gantian, Kim Min Woo melakukan kekasaran terhadap Viktor Claesson pada minit ke-62.

Kedua-dua pasukan dilihat terdesak memburu kemenangan selepas Mexico melakukan kejutan ke atas juara bertahan, Jerman dalam perlawanan pertama kumpulan berkenaan, awal pagi tadi.

ANDREAS Granqvist menyempurnakan sepakan penalti untuk jaringkan gol buat Sweden. – Foto REUTERS

Sebelum itu, Sweden yang pernah meraih tempat ketiga di Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat, memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-20, namun percubaan Marcus Berg dalam petak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol Korea Selatan, Cho Hyun Woo.

Seminit kemudian pasukan bimbingan Janne Andersson sekali memperoleh peluang terbaik, namun tandukan Ola Toivonen yang berpunca dari sepakan penjuru tersasar keluar.

Pada minit ke-29 Korea Selatan kehilangan pertahanan kiri berpengalaman, Park Joo Ho yang mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar, seterusnya memberi peluang kepada Min Woo untuk mengisi kekosongan berkenaan.

Sebaik bersambung babak kedua, Korea Selatan cuba untuk mencari jaringan sulung dan peluang terbaik hadir pada minit ke-52 namun tandukan pemain yang berpangkalan di Jerman, Koo Ja Cheol hanya mengenai tepi jaring selepas menerima hantaran lintang Min Woo.

Empat minit berselang Toivonen mempunyai peluang untuk menghadirkan ancaman kepada Korea Selatan, namun dia masih buntu untuk menumpaskan Hyun Woo yang sentiasa berada pada kedudukan terbaik untuk menggagalkan percubaan pemain Sweden.

PEMAIN Korea Selatan memberi tunduk hormat kepada penyokong selepas Meninggal Dunia kepada Sweden dalam saingan Kumpulan F, sebentar tadi. – Foto AFP

Bagaimanapun, penantian Sweden berakhir Bila mereka dihadiahkan sepakan penalti oleh Aguilar berdasarkan daripada VAR selepas Min Woo melakukan kekasaran terhadap Viktor Claesson pada minit ke-62.

Granqvist yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti Tak berdepan masalah untuk memperdayakan Hyun Woo. – Reuters

Penalti VAR julang Sweden

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *