18kong2_1534551678.jpg

Penamaan calon PRK DUN Seri Setia, Balakong

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PETALING JAYA: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong dijadual bermula pada jam 9 pagi ini.

Tempoh masa bagi mengemukakan kertas penamaan calon dijadual selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kedua-dua PRK terbabit akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding.

Pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Anggota polis berkawal di luar Dewan Demesne Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N27 Balakong. – Foto Rosela Ismail

Anggota polis berkawal di luar Dewan Demesne Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N27 Balakong. – Foto Rosela Ismail

Bagi DUN Balakong pula, pusat penamaan calon berlangsung di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat dengan Datuk Rosli Othman bertindak sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

PAS diwakili Dr Halimah Ali dan PKR yang mempertaruhkan bekas Pakar MBPJ, Halimey Abu Bakar, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di PRK DUN Seri Setia.

PRK Balakong pula Akan menyaksikan pertembungan antara calon PH daripada DAP, Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong, yang pertama kali menggunakan simbol sendiri.

Kerusi DUN Balakong kosong Bila penyandangnya, Eddie Ng, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.

Kerusi DUN Seri Setia pula diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos lalu.

Anggota polis berkawal di luar Dewan Demesne Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N27 Balakong. – Foto Rosela Ismail

Penamaan calon PRK DUN Seri Setia, Balakong

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *