06senin.transformed.jpg

Pencapaian Malaysia meningkat dalam Laporan PISA 2015

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Datuk Dr Amin Senin (tiga dari kiri) pada pengumuman Laporan PISA 2015 yang berlangsung di Kementerian Pendidikan Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA : Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 33 mata kepada 431 mata bagi Literasi Bacaan dalam laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2015 berbanding hanya 398 mata pada PISA 2012.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Dr Amin Senin, berkata pencapaian bagi domain Literasi Bacaan itu lebih baik berbanding dua domain lagi, iaitu Literasi Matematik dan Literasi Saintifik.

Katanya, bagi Literasi Matematik Malaysia meraih penambahan 25 mata daripada 421 mata pada PISA 2012, manakala Literasi Saintifik meningkat 23 mata daripada 420 mata (PISA 2012).

“Dalam penilaian terkini, negara kita memperbaiki kedudukan bagi ketiga-tiga aspek, iaitu Literasi Matematik, Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan, dengan Literasi Bacaan menunjukkan pencapaian paling memberangsangkan.

“Berdasarkan laporan yang dikeluarkan itu, Malaysia semakin menghampiri purata skor negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD),” katanya ketika mengumumkan hasil laporan PISA 2015, petang tadi.

Pengumuman bagi Laporan PISA2015 diadakan serentak di semua 72 negara yang mengambil bahagian dengan negara jiran, Singapura mengungguli senarai terbabit, selain negara Asia seperti China, Jepun dan Korea Selatan terus berada dalam senarai 10 negara dengan pencapaian terbaik.

Sampel PISA 2015 bagi peringkat Malaysia terdiri daripada 9,660 pelajar Tingkatan Tiga dan Empat, 230 pentadbir dan 5,750 guru daripada 230 sekolah.

INFO:

PISA

– Dilaksanakan dalam kitaran setiap tiga tahun

– Malaysia mula mengambil bahagian dalam PISA pada tahun 2009.

Pencapaian Malaysia meningkat dalam Laporan PISA 2015

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *