mh370.jpg.transformed.jpg

Pencarian MH370 mungkin diteruskan masa depan – Menteri Australia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KERAJAAN Australia Tak menolak kemungkinan pencarian pesawat MH370 di dasar laut akan disambung pada masa depan.

SYDNEY: Kerajaan Australia Tak menolak kemungkinan pencarian pesawat MH370 di dasar laut akan disambung pada masa depan, tetapi menegaskan Tak ada bukti baharu yang mewajarkan pencarian diteruskan pada masa ini.

“Saya Tak menolak kemungkinan pencarian di dasar laut dalam apa juga keadaan,” kata Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester, kepada wartawan di Melbourne, sehari selepas mesyuarat tiga pihak, Australia, Malaysia dan China secara rasmi menggantung pencarian di selatan Lautan Hindi.

Keluarga 239 mangsa dalam pesawat Boeing 777 yang hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing mengkritik keputusan itu.

Chester berkata memulakan pencarian baharu memerlukan “”maklumat yang berwibawa yang membawa kepada lokasi pencarian spesifik”yang menjadi pertimbangan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata cadangan daripada pasukan penyiasat bulan lalu supaya pencarian dilakukan di lokasi selatan daripada kawasan carian asal seluas 120,000 kilometer persegi masih Tak memadai.

Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai operasi mencari berkata pihak berkuasa yakin pesawat berkenaan Tak berada di kawasan pencarian selama ini.

Ketua Pesuruhjaya ATSB, Greg Hood, berkata “baki aktiviti pencarian” termasuk analisis satelit dan hanyut akan diteruskan sehingga hujung Februari. – Reuters

Pencarian MH370 mungkin diteruskan masa depan – Menteri Australia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *