puzaid.transformed.jpg

Pencetus Ummah 2015, PU Zaid meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ABDUL Zaid Abdul. – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

TAWAU: Peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) 2015 berasal dari Sabah, Abdul Zaid Abdul atau PU Zaid, 31, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pukat, Tanjung Batu di sini, pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi tadi di Hospital Tawau selepas mengalami sesak nafas.

Bapanya, Abdul Sabadin, 72, berkata sekitar jam 8.30 pagi tadi, Abdul Zaid, anak keempat daripada sembilan beradik itu sempat bersarapan di rumah bersama Pakar keluarga lain.

“Selepas sarapan, dia ke tandas dan sebaik keluar dia kelihatan lemah dan nafasnya tercungap-cungap.

“Kami kemudian mengejarkannya ke Hospital Tawau namun sebaik tiba, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya sebentar tadi.

Abdul berkata, anaknya itu beberapa tahun pernah menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih, di sini, petang ini.

Abdul Zaid, pemenang tempat ketiga program Pencetus Ummah 2015 meninggalkan seorang balu, Fatimah Zahrah Abdul Syukur, 29, dan cahaya mata perempuan, Dhia Zahrah, berusia setahun setengah.

Beliau pernah berkhidmat sebagai imam di beberapa masjid di Kuala Terengganu dan Petaling Jaya antara tahun 2012 Sampai 2013, sebelum menubuhkan syarikat perunding yang menyediakan perkhidmatan motivasi, penulisan buku dan e-book keagamaan di Selangor.

Pencetus Ummah 2015, PU Zaid meninggal dunia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *