1484989260_wajdidu.transformed_0.jpg

Penduduk di kawasan berisiko banjir perlu lebih peka

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – Foto Iqmal Haqim Rosman

PASIR PUTEH: Tugas sebagai Timbalan Menteri, Tak menghalang Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, untuk turut menyertai operasi menyelamat mangsa banjir di beberapa kampung di daerah ini, di sini, hari ini.

Beliau menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat sejak pagi tadi bertungkus lumus menyelamat mangsa banjir serta melawat mangsa di beberapa pusat pemindahan banjir.

Ketika ditemui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meminta penduduk terutama mereka yang berada di kawasan rendah dan berisiko banjir perlu lebih peka dan sentiasa berhati-hati.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan dan tindakan pantas diambil sekiranya berlaku bencana banjir.

“Saya berharap mereka perlu lebih peka dan mengutamakan keselamatan pada musim banjir ini kerana situasi masih lagi Tak menentu,” katanya ketika menyertai operasi memindahkan mangsa banjir di Kampung Binjai, Semerak, di sini.

Beliau juga menasihatkan mereka yang terbabit supaya sentiasa mendapat maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

Penduduk di kawasan berisiko banjir perlu lebih peka

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *