Kofi_Annan_0223.transformed.jpg

Penduduk Myanmar berhimpun bantah kehadiran Kofi Annan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SITTWE: Ratusan penduduk Myanmar berhimpun menentang kehadiran suruhanjaya penasihat diketuai bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan, untuk mencari penyelesaian konflik antara pengikut Buddha negara itu dan minoriti Islam Rohingya, yang menyukarkan pembaharuan demokratik.

Nasib Rohingya membangkitkan persoalan mengenai komitmen pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi, kepada hak asasi manusia dan mewakili isu politik sensitif bagi parti pimpinannya, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), yang menang besar pada pilihan raya tahun lalu.

Penduduk tempatan dan sami Buddha menyertai bantahan yang diawasi puluhan anggota polis, di dalam hujan di negeri Rakhine, mencabar apa yang dianggap sebagai ‘campur tangan berat sebelah luar’ daripada panel sembilan anggota itu.

Sorakan dan laungan mengecam panel itu memuncak berikutan ketibaan pesawat yang membawa Annan.

Orang ramai kemudian mengikut konvoi ke bandar, lokasi Annan akan menyampaikan ucapan dan berjumpa anggota komuniti Rohingya dan Buddha Rakhine ketika lawatan dua hari di ibu negara, Sittwe.

“Saya Tak mahu memandang orang luar berada dalam suruhanjaya ini. Saya mahu memandang suruhanjaya itu diisi penduduk Rakhine,” kata Kyaw Zin Wai, 52, menambah dua anggota suruhanjaya etnik Rakhine Tak mewakili penduduk negeri itu.

Lebih 100 maut dan beberapa kawasan penempatan dirobohkan ketika pertempuran etnik Buddha Rakhine dengan Islam Rohingya pada 2012.

Kira-kira 125,000 masih tiada tempat tinggal, majoritinya etnik Rohingya, yang dilarang bergerak bebas, akses perkhidmatan asas terhad dan dinafikan kerakyatan di Myanmar. – REUTERS

Penduduk Myanmar berhimpun bantah kehadiran Kofi Annan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *