50348e9a4913bc2b4d78e46aa56bac0a.jpg

Pengajian media di IPT perlu dirombak ikut keadaan semasa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pengajian bidang kewartawanan di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu dirombak agar lebih menjurus kepada keperluan semasa – misalnya, teknologi digital – kerana ketika ini ia masih berpaksi di sekitar ilmu konvensional, kata Pakar akademik.

Pensyarah Jabatan Komunikasi di Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Komputeran, Universiti Selangor (Unisel), Ismail Hashim Yahaya, berkata dengan perubahan sistem pembelajaran itu peluang kerjaya sebagai wartawan boleh diselamatkan.

“Sekarang wujud kecenderungan baru di AS iaitu wartawan multimedia.

“Di sana penuntut diajar mengenai Tips mencari berita dan Bila habis belajar mereka akan buat laman sesawang sendiri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Ismail di negara ini graduan tempatan yang menamatkan pengajian kewartawanan di IPT keluar dengan mentaliti yang masih terikat untuk bekerja Santap gaji di syarikat media.

Mengakui ia Tak bersifat mutlak, Ismail berkata, perubahan pemikiran itu memang ada namun sangat minumum.

Kenyataan Ismail itu dibuat ketika nasib syarikat penerbitan akhbar bahasa Melayu tertua di negara ini, Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan Melayu), sedang berdepan kesukaran untuk terus bernafas.

Nasib berubah ketara

Beberapa hari lalu tersebar ura-ura syarikat berkenaan akan ditutup atau sekurang-kurangnya Tak lagi mencetak akhbar harian untuk menumpukan operasi secara dalam talian.

Pekerja syarikat itu pula Tak menerima gaji selama tiga bulan, manakala bekas kakitangan yang memilih menyertai skim pemisahan sukarela (VSS) belum mendapat bayaran penuh pampasan masing-masing.

Untuk rekod akhbar terbitan Utusan Melayu berdepan masalah jualan , sama seperti semua penerbitan harian bercetak di negara ini. Pada masa sama syarikat itu juga terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membayar saman atau pampasan selepas kalah dalam beberapa kes di mahkamah.

Sebelum ini Utusan Melayu menjadi suara Umno dan gigih menyerang parti-parti pembangkang. Namun ekoran kemenangan PH dalam PRU ke-14 pada Mei tahun lalu nasib syarikat itu merudum dengan ketara.

Untuk rekod Umno sudah pun melepaskan kepentingan sahamnya dalam syarikat berkenaan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu, Abd Aziz Sheikh Fadzir, kemudian mengumumkan operasi syarikat itu Tak akan ditutup dan akhbar hariannya akan diterbitkan seperti biasa.

Ismail berkata keadaan syarikat media seperti Utusan Melayu yang Tak stabil turut memberi kesan kepada graduan lepasan bidang kewartawanan itu.


Ismail Hashim

“Lepasan bidang kewartawanan juga perlu mencari inisiatif lain. Mungkin dalam bidang penyiaran yang lebih digital,” katanya.

Sementara itu, bekas pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd, A Kadir Jasin, berkata industri media kini menghadapi waktu Pahit sehingga terdapat ramai graduan kewartawanan yang susah mendapat kerja.

“Sekolah kewartawanan hendaklah memikirkan semula pengambilan pelajar kewartawanan dan mengubah suai kurikulum mereka.

“Hal ini supaya lulusan jurusan kewartawanan boleh mendapat kerja dalam bidang-bidang lain dan Tak hanya tertumpu untuk menjadi wartawan,” katanya.

Masyarakat makin kurang membaca

Namun begitu, Kadir yang juga penasihat media dan komunikasi perdana menteri berkata, perubahan komunikasi ke arah digital juga nampak merugikan daripada menguntungkan.

“Akibat daripada migrasi kepada teknologi moden ini iaitu internet, dua benda berlaku.

“Pertama, orang berhenti membaca akhbar, dan yang kedua, mereka lebih percaya kepada apa yang dimuatkan dalam internet,” katanya.

Tambah Kadir, walaupun semua syarikat akhbar di Malaysia – termasuk Utusan Melayu – melakukan pemindahan ke wadah digital, kebanyakannya masih gagal mendapat langganan yang mencukupi untuk menampung kos operasi semasa.

“Dari dulu lagi, media berbahasa Melayu Tak dapat bersaing secara berkesan dengan akhbar berbahasa Inggeris terutamanya kerana pihak pengiklanan lebih mengutamakan akhbar Inggeris.

“Sekarang usaha untuk memulihkan media arus perdana khususnya media cetak akan lebih sukar kerana masyarakat kita semakin hari semakin kurang membaca surat khabar,” katanya.


Mohd Amirul Akhbar

Sementara itu, pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, berkata kerjaya dalam bidang kewartawanan perlu dikekalkan namun perlu bersaing dengan teknologi masa kini.

“Kewartawanan perlu ada, tetapi platform perlu berubah untuk bersaing dengan teknologi.

“Ketandusan kerjaya Tak akan berlaku kerana kemahiran menulis yang ada pada graduan lepasan kewartawanan bukan hanya untuk menjadi wartawan, banyak lagi perkara boleh buat seperti menjadi penterjemah,” katanya.

Menurut Mohd Amirul lagi, ketika ini bidang kewartawanan memang amat diperlukan kerana masyarakat sedang dihidangkan dengan berita yang Tak diketahui sumber dan nilai kesahihannya.

“Kewartawanan ini bukan hanya sekadar berfungsi untuk menyebarkan maklumat atau menulis berita semata-mata.

“Bidang ini (kewartawanan) lebih menyentuh aspek kehidupan dari sudut pendidikan, maklumat yang membabitkan semua institusi yang bernaung dalam negara,” katanya.

Pengajian media di IPT perlu dirombak ikut keadaan semasa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *